أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل
أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

Saturday, December 17, 2011

PERKONGSIAN ILMU

-Celaan sebagai Ubat, pujian sebagai Racun.....

Iman Al-Ghazali di dalam Ihya'Ulumuddin" berkata, "Sering kali mamfaat yang kita peroleh daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita, lebih banyak dari mamfaat dari teman-teman yang memuji kita"

Ya," Pujian jauh lebih berbahaya dari celaan". Ia memang manis , namun mengandungi racun yang dapat merosakkan hati manusia. Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian, semakin hatinya tertutup kepada kebenaran. Pada Saat itu ia tidak pernah tersedar daripada kekurangan dirinya apatah lagi tergerak untuk merubah dan membaikinya. Tanda seseorang sangat hina dimata Allah, Allah membiarkannya TENGGELAM DALAM PUJIAN~Nasihat buat diri








-
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakang dan bertanya mengapa.
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu......





-Alangkah indahnya ketika seorang anak mencium tangan ibunya seraya berkata,

“Semoga Allah menjagamu, Ibu.”

Alangkah eloknya ketika seorang ayah sentiasa mendoakan anak-anaknya,

“Ya Allah, redhailah mereka, dan bahagiakan mereka di dunia dan akhirat.”

Alangkah bagusnya ketika seorang isteri menyambut kedatangan suaminya dengan senyuman seraya berkata,

“Semoga Allah tidak menjauhkan kami darimu, rumah ini terasa sepi tanpa dirimu.”

Alangkah baiknya ketika isteri melepaskan kepergian suami bekerja di pagi hari, ia berkata,

“Jangan beri kami makan dari yang haram, kami tidak sanggup memakannya.”

Kalimat dan ungkapan yang indah, bukankah begitu?
Bukankah kita berharap kalimat dan ungkapan seperti ini dikatakan kepada kita?
Cubalah kata-kata dan kalimat yang lembut dan senyuman yang manis, lalu lihatlah hasilnya!











-kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita















-Ramai menangis bila perempuan/lelaki yang dicintainya memutuskan hubungan dengannya.
Tidak ramai yang menangis, bila hubungannya dengan Allah SWT yang mencintainya, terputus.

Manusia bila salah meletak cinta,
maka salah jugalah kewarasan akalnya.













-Assalamualaikum ;))
Sama-sama kita tukar tutur kata harian kita. Dari ucapan yang sia-sia kepada ucapan berpahala...InsyaAllah..

per.. gempar giler..** tukar kepada ♥ Subhanallah
OMG (oh My God)..** Tukar kepada♥ Ya Allah
Terbaek.... ** Tukar kepada ♥ Alhamdulillah
Ok..Oraait ** Tukar Kepada ♥ Insya-Allah
Cilakak **Tukar kepada ♥ “Astagfirrullahhalazim” ATAU “Innalillah”
Ellemak..lupa lak.. **Tukar kepada ♥ Allahumassoli ’ala Muhammad..
Arghhh.. pening... **Tukar kepada ♥ Astaghfirullah...
Eeee... teruknya **Tukar kepada ♥ Na’uzubillah..
Opocot... **Tukar kepada ♥ Allahu akbar..
Hek elh... **Tukar kepada ♥ La ilaha illallah..

Don't say HELLO ♥ Say ASSALAMUALAIKUM .
Don't say THANKS ♥ Say JAZAKALLAH KHAIRAN .
Don't say TAKE CARE , BYE ♥ Say FII AMAN ALLAH .
Don't say GREAT ♥ Say MASYAALLAH .
Don't say OKAY ♥ Say INSYAALLAH .
Don't say I AM FINE ♥ Say ALHAMDULILLAH .
Don't say WOW ♥ Say SUBHANALLAH

#renung2kanDanSelamatBeramahKawanKawan#
^_^ hahaha weee~





















-Kepincangan dalam memahami antara KEPERLUAN dengan KEINGINAN.

Seringkali seseorang membeli sepasang pakaian bukan kerana keperluanya untuk menutup aurat atau melindunginya daripada panas dan sejuk. Ia membeli kerana pakaian itu pernah dilihat didalam sebuah majalah fasyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan , kereta, komputer riba dan eksesori yang lain yang mewarnai hidup kita.

imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah saw Bersabda:"Sesiapa yang meninggalkan sepasang pakain padahal dia mampu memakainya(kerana dorongan) Tawadduk kerana Allah Tabarakallah Taala maka Allah Tabarakallah Taala Di Hari Kiamat akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkanya memilih baju-baju imam yang dia kehendaki""

Hadith diatas mjelaskan bahawa balasan akhirat untuk orang yang sedia meniggalkan "kebiasaan Buruk ini". Akhirnya, seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu di pusat membeli belah:

"APAKAH SAYA MENGINGINKAN atau MEMERLUKAN BARANG INI?"








-

Friday, December 16, 2011

CHARGE UR IMAN

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge your Iman █ ▇ ▆ ▄ ▂

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

ما شاء الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝ CINTA ALLAH CINTA ABADI..
:: I ♥ الله ::

Saturday, December 3, 2011

Assalamualaikum .. ni nk kongsi skit pengetahuan .. TENTERA TUHAN BERTINDAK Diakhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai... Mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan... Tetapi mereka lupakan Tuhan... Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan... Walaupun tidak dilafazkan... Maka Tuhan Isytihar perang terhadap mereka... Yang pandai tapi melupakan Tuhan... Tuhan hantarkan tentera angin untuk memusnahkan... Tuhan hantarkan tentera air untuk merosakkan... Tuhan hantar tentera gempa untuk menghancurkan bangunan... Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus, dikatakan kuman... Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka yang sudah lupakan Tuhan... Tentera ini tidak memusnahkan bangunan, tetapi memusnahkan insan... Melalui tentera-tentera kuman ini, lahirlah penyakit-penyakit... HIV,AIDS,SAKIT JANTUNG, KENCING MANIS, PARU-PARU BERAIR, DAN LAIN-LAIN... Yang menakutkan dan mematikan... Datang lagi tentera-tentera Tuhan... "Selsema burung" Namanya yang sangat menakutkan... Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia... Penyakit denggi namanya yang lebih cepat manusia terkorban... Dimana kepandaian manusia nak melawan Tuhan??? Dimana kuasa manusia nak melawan Tuhan??? Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa... Bangsa yang kuat macam amerika turut kena serang... Tapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang... Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala... Bila berhadapan dengan tentera Tuhan... Sekarang ini manusia didalam ketakutan... Bermacam-macam tentera Tuhan menyerang... Mereka tidak dapat melawan... Tapi manusia belum lagi insaf... Dan surrender kepada Tuhan... Mereka cuba cari jalan... Untuk mengatasi serangan Tuhan... Tapi makin mereka cari jalan mengatasi... Maka tentera Tuhan makin galak menyerang... Keadaan ini Tuhan terus menyerang... Menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis... Yang tak dapat dihalang... Hingga lahirlah Imamul Mahadi... Orang simpanan Tuhan untuk akhir zaman... Barulah Tuhan meredhakan terhadap insan.

Friday, November 18, 2011

KERINGNYA TASIK KINNERET

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah

- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.

Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku…

- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun...
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku...Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:

- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan...sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!

Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012, dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.

Planet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR!

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan. Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini...Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk:

-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susur galur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini).

Monday, November 14, 2011

SYAITAN VS MALAIKAT

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

Monday, October 24, 2011

KOR KADET POLIS MAAHAD MUHAMMADI LILBANIN




bacan doa drp komander zulkiflie sebelum pertanding kawat kaki  IPK 2010 ..








assalamualaikum w.b.t .. di sini aku nak menceritakan tentang badan kadet yang aku sertai di sekolah maahad nie .. kor kadet polis .. badan ni memang satu badan yang amat masyuk kt sekolah aku , bukan di sekolah sahajaa malah di seluruh kelantan mahupun malaysia .. kerana kadet sekolah ni membawa nama abg2 dahulu yang telah menaik kan nama kadet sekolah ni di persada negeri .. sungguh gemilang dan terbilang .. dengan disiplin nya kemas , adakalanya juga galok ! .. aku sertai kadet ini masa form 1 awal tahun .. aku berminat utk sertai badan ini setelah mendengar cerita drp abang aku .. aku memang suka kan aktiviti lasak dan mencabar .. masa itu aku join pemilihan ni bersama beberapa org rakan , amzar , irfan , shahir , sarhan , hilman ..
utk menjadi keahlian badan ini , peserta harus menjalani ujian pemilihan .. antara ujian nya ialah round padang bola 18 round , 2 last round kena pecut dan hanya yg mendapat tempat 10 keatas sahaja nama akan di ambil  aku mendapat tempat ke 6 .. masayaallah letih nya .. tetapi semangat takkan pernah pudar ..
selepas lari , peserta di beri masa rehat 20 minit dan sambil2 itu senior akn menceritakan kegemilangan kadet kepada peserta .. masa itu semu yg ad memang akan naik rgha ! nikmat nya ..! setertusnya peserta akan di arahkan utk pumping di atas tar kutuk dalam kul 3.30 , dengan menggunakan penumbuk sebanyak 20 penuh dan keatas .. sesiapa yang menggunakan tapak tangan , akan dipijak atau di sepak dengan keras ..! cuba la sendiri kalau nak rase bahang nya .. aku hanya dapat melakukan 22 kali penuh .. tangan aku berdarah dan meninggal kan parut hitam yang hodoh di tangan .. walaupun seksa ,aku tetap gembira kerana aku meminati perkara sebegitu , bagi ku ianya nikmat ! setelah pumping peserta akan di uji suara pula .. senior akan berada di gigi padang , dan peserta akn di suruh ke tengah padang .. senior akan menanyakan soalan dan peserta diminta utk menjawab nya .. aku kene dengan chek zaha(kalau tak silap) .. soalan yang diajukan kepada aku ialah "kenal mawi?" dengan suara yang sederhana sedangkan aku ditengah2 padang ..! aku menjawab "kenal!" .. dan aku diminta utk menyanyi kan lagu mawi yang aku kenal ! haha ! mesti la segan gilakk ! dan lagu  negara ku ! wawawaaa!!!aku hanya menebalkan muka dan menyanyi sekut hati .. tetapi di katakan aku berbisik dan terpaksa menyanyi beulang ulang kali sehingga beliau berpuas hati .. pada hari itu juga suara aku serak tertuk kerana menjerit kuat sgt .. ujian yg terakhir ialah kawat .. emm , masa tu memang aku tak reti langsung kawat .. bila diajar aku bole la kawat sikit sikit cam robot .. hahaha !! memang lucu masa tu ! setelah selesai menjalani semua ujian  peserta di benarkan bersurai .. kaki aku kejang , suara aku habis , tangan aku berdarah ..! semua nya sakit .. aku tak kesah asalkan aku dapat masuk kadet tu .. 2 hari selepas pemilihan itu keputusan di keluarkan dan di tampal di pintu bilik kadet .. awal pagi tu memang aku cepat cepat ke sekolah sebab nak tengok senarai nama dan Alhamdulillah ! nama aku , amzar , irfan , sarhan dan hilman tersenarai .. waahh !! bukan main happy aku masa tu .. pada waktu rehat semua peserta yang terpilih di minta berkumpul di hadapan bilik kadet .. cepat jea aku pergi .. masa tu kami yang terpilih di umumkan secara rasmi oleh SI CEK SYAFIQ(sek giloo tuu !).. dan diminta utk menghadiri latihan mingguan ..

masa form 2 aku lebih aktif dalam kadet nie , walaupun kadangkala terfikir untk keluar kerana terlalu kasar .. tapi Alhamdulillah aku berjaya kekal hingga kehari ini .. antara event yang aku pergi ialah kawad peringkat MASSAK .. tetapi hanya menjadi reserve .. tak kesah laa .. sekolah kami mendapat tempat ketiga , tempat pertam  dapat kepada smu MAAHAD KUALA KRAI .. musuh ketat kami .. dan azam kami utk merampas semula pingat MASSAK tu pda tahun depan ..

masa form 3 Alhamdulillah aku terpilih utk menyertai banyak la juga event .. dan kawat aku semakin kemas dan cekap .. semput aku makin menghilang .. paling sikit aku bole lari ialah 20 round padang bola .. pada kawat MASSAK yang aku sertai pada tahun ini(201) , kami berjaya merampas semula pingat MASSAK drp musuh kami maahad kuala krai .. tempat berlangsung pertandingan ini di STADIUM SULTAN MUHAMMAD keempat .. stadium itu di penuhi dengan para penyokong drp sekolah kami ! dan riuh dengan kekecohan yg di hasil kan drp para peminat kami itu ..!
huh ! semangat betul sebelum masuk tu .. happy !                                                                                                     malam sebelum MASSAK 2011
hanya 2 kali kesalahan yang kami lakukan ..                   
dalam perjalanan pulang ke sekolah dengan trak polis , kami bagai kan org hilang akal bergalok dalam trak beramai ramai .! semua yang tgok ushaaa jea .. nikmat nya masa tu .. gembira dan syahdu apabila dikenangkan semula .. lagi aku sertai event perkemahan IPD di kem MACHANG selama 3 hari 2 malam ..
kawat kaki di PUTIK .. pertunjukkan kepada menteri besar kelantan ..
kawalan trafik di  PUTIK sempena hari meyuarat agung YIK .. perkemahan IPK aku tak sertai keran terdapat beberapa masalah dengan SI .. kadet ini bagai kan roda , kadang kala diatas , kadang kala di bawah .. dan sekarang ini berada dibawah .. semakin jatuh kadet sekolah ini ..
azam aku moga moga suatu hari nanti akan berda di atas semula .. AMIN !

TQ 2 reading my post .. ALHAMDULILLAH ..


 bergambar setelah selesai pertandingan peringkat sekolah zon 1




                                                                                 






mendengar taklimat dan peraturan daripa ketua pilos daerah KOTA BHARU


  ~ wasalam ~

NOSTALGIA TAMAN MAAHADI


assalamualaikum w.b.t .. tjuk cerita kali ni adalah mengenai diri ku di taman maahadi .. sekolah menengah ugama maahad muhammadi lelaki ..sekolah yg sentaisa berada nombo satu di haati ku ..
walau pun di sekolah tu budak budak dia ada sejuta satu ragam , ia tetap ku sayang ..
kerana di situ aku mula kenal islam dgn lebih dalam ..
aku mengenali erti ukhuwah .. erti persahabatan(walaupun x prnah merasai nikmat persahabatan).
msa form 1 , aku mula berusrah .. bersama rakan rakan , aliff chen ,amir fikri , cerah black , sharul azim , amiruddin , ..
 dan naqeb ku yang paling ku sayangi dan kami sayangi , abe ANAS B. ABDUL RAHMAN .. dia lah naqeb aku yg pertama .. di mase form 1 , aku slalu meluangkan masa bersama nya di masjid islah , kantin ,wakaf asrama .. dia bnyak mndgr luahan hati ku , masalah ku .. dan banyak memberi mutiara kata kpda ku ..
aku hargai semua itu walaupun tak semua aku dpt ikut ..
bersama sama rakan seangkatan , kami lalui khidupan di bumi maahad dgn riang .. walaupun adakala nya
bertegang urat .. kami tetap bersama .. seperti sedia maklum , diri ku ini mmg agak dan terlebih nakal
sehingga kn masa drjjh 6 aku di gelar MB(mat buli).. tetapi semua itu menjadi kenangan pada ku masa kini ..
sungguh indah masa itu jika dikenangkan .. masuk form 2 , aku mula menunjuk kan belang dan taring ..
ponteng sekola macam aku tak biasa , isap rokok jadi amalan ,cc jdi tempat kunjungan ,

 kamcing ngn budak budak form 3 .. doyie , boh taek , nije , pok sard , ziyard , apih joe , cerah guo .. utk pengetahuan itu juga teman teman aku pergi berasap(shisha) dan kunjungi kb mall ..

pada masa itu juga aku mula aktif dalam kadet polis .. terbaaeeekk !! cuma event aku pergi hnya jadi reserve , lap kasut ,angkat barang .. tetapi itu semua kenangan .. masuk form 3 , aku mula jadi adik beradik setan .. aku ajar member2 sekepala ngn aku g shisha , ponteng asrma , g stadium , mapuh ckgu .. teruk betul masa tu ..

di awal tahun form 3 , aku bergaduh ngn membe rapat aku , syafiq ismail .. silap betul aku gaduh ngn dia .. aku juga yg sush .. suka cari pasal ngn jehe , kepale bajet debe .. aku tak taku kt dia , cuma aku tak nak bergaduh agi , dan tak nak dapat susah lagi ..
aku semakin liar , walau ada sesekali aku termuhasabah diri dan dosa dosa .. msuk hujung tahun form 3 , aku buat peranagi gila kt asrama pula .. lawan ajk , mapuh mek , sound warden(wanzil)
, bakar sampah lam dorm , turun subuh lewat , ponteng maghrib kt kelas , kdg2 kt kb mall atau cham ..

terkini last year sbelum aku di buang asrama kerana kesalahan membakar loker , membakar kertas soalan , curi tilam , isap rokok , ponteng asrama dan sekolah , pnjat pagar .. aku tak tahu kenapa aku jadi cam tu .. 
tapi aku rasa kerana aku memberontak , sebab warden buat buat taik ayam ngn kitorang .. hobi kegemaran aku time tu ialah g isap shisha kt nabila .. sanagap rh .. dan skarang aku ambil keputusan yang aku rasa terbaik utk aku dan org lain , aku akn berpindah ke sekolah baru dkat dengan rumah aku di bangi .. harap harap itu keputusan terbaik ..

 sekali sekala ada la juga aku berubah rupa camni .. tapi aku still lakukan perkara perkara jahat tu .. aku sayang utk tinggalkan sekolah ni kerana aku sayang kan islamik yg ad kt sini , kor kadet polis , jilul nasril mansyud , sahabat pondok(woli) , kenangan2 indah bersama sahabat  .. ketika mengudur kenangan tersebut , hati ku di runtun syahdu , sedih yang amat , kalau boleh tak nak tinggal kan semua kenangan itu .. masyaallah ! hanya Allah yang tahu apa yg ada lam hati ini ..

uhibbukafillah jidan jiddan ..!!





 trima kasih kerana membaca blog ini harap perkara2 yang memalukan aku dalam blog nie tak disebarkan ..

wasalam ..

Sunday, October 23, 2011

SEKOLA BARU , AKHLAK BARU

assalamualaikum w.b.t .. kpde suma pembaca yang mengenali diri ini , ketahuilah bahawa aku membawa diri ke sekola lain bukan tujuan utk melari kan diri drp masalah .. tetapi adalah utk mengubah diri ku .. selama aku di bumi maahad , telah banyak propa ganda yg telah aku lakukan , kepada kawan kawan , cikgu , ustaz , warden .. (wanyil) .. teman teman , abah , amir colek , amir aizat , aliff cen , safwan , nizam dan semua nya lah .. tak muat utk aku tulis semua dalam ini , kerana kamu semua adalah sahabat di hati ku .. walaupun di hati masing masing mengatakan aku adalh musuh ,  org jahat .. jahat .. itu la diri aku .. mengacau org , bwt org sakit hati .. itu la hobi aku .. so aku berpindah ke sekola baru ni utk membuang semua hobi hobi buruk itu .. dan menjadi kan sifat sifat yg baik menghiasi diri ku .. kepada kawan kawan di sekola baru , awal tahun depan kita akan berkenalan .. jika diri ini terdapat kekuranagan , maaf kan la dan bimbing la diri yang lemah ini utk membaiki kekurangan itu ..
dan kalau selepas ini diri ini membuat dosa dan silap kepada kawan kawan , maaf kan lah .. sesungguh nya diri ini adalah seorang yang menyusah kan org lain ..

Saturday, October 22, 2011

umno perjuangkan MELAYU , pas perjuangkan ISLAM

 assalamualaikum w.b.t ..  politik di malaysia ..

boikot UMNO .. undi lah PAS ..

by Muhammad Syaheer on Saturday, September 3, 2011 at 1:50pm
PEMIMPIN MALAYSIA YANG RASUAH


Mulai, hari ini.. JTM( Jentera Tawan Malaysia ) akan melancarkan perang terhadap SPRM!!
Kami akan dedahkan satu persatu tentang rasuah yang di lakukan oleh UMNO. Kita mempunyai bukti, dan sokongan yang kuat untuk melawan UMNO dan SPRM...

Terang-terang aku cakap, ini baru sikit. Aku mempunyai banyak lagi bukti yang ingin di tunjukkan, buat masa ini aku mahu SPRM dan UMNO rasa apa yang aku rasa..

Video Clip yang melibatkan rasuah UMNO akan aku sebarkan!!

Berikut ialah senarai salinan laporan dan bukti berkaitan rasuah yang dimusnahkan sebagai manifestasi rasa kecewa dengan SPRM.

Najib Tun Razak
  • Kes Altantuya

penglibatan Najib terdedah melalui penyiaran sms Najib yang berkomunikasi dengan seorang peguam berkenaan kes Altantuya
bagaimana rekod imegresen Altantuya hilang ?
Kenyataan bersumpah Balasubramaniam yang jelas nyata melibatkan Najib yang tidak di siasat ...
  • Kes pembelian senjata

tercatat sudah dalam laporan audit negara selama 3 tahun bagaimana penyelewengan dan kelemahan urus Kementerian Kewangan menyebab negara rugi berbiliion ringgit
terlibat dalam kegiatan komisyen (ratus juta ringgit) dalam urusan pembelian senjata.
  • Kes melindungi setiausaha politik
merujuk kes rasuah politik pemilihan Umno bahagian yang melibatkan Setiausaha Politik Najib dan penglibatan instrumen Kementrian Kewangan untuk memberikan ugutan kepada calon lawan.Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)
  • Isu pembelian ahli politik

Fauzi Muda telah membuat akuan bersumpah berkenaan penggunaan wang yang banyak.
pendedahan perbelanjaan melampau Rosmah (isteri Najib) yang melampau di luar negara dan menggunakan kedudukan untuk mengelakan cukai
dokumen mengenai Kerugian KOBENA RM80 juta yang dimana Najib terlibat secara tidak langsung

Rafidah Aziz
  • dokumen berkenaan kes permit import kereta
dokumen kertas siasatan BPR yang diklasifikasi sulit dengan jelas menyatakan Rafidah Aziz bersalah mengagihkan saham milikan bumiputera kepada menantunya. BPR mengatakan Rafidah bersalah dan cadang didakwa. Malangnya kertas siasatan BPR juga mencadangkan jika Rafidah meletakkan jawatan dalam parti ia boleh tidak didakwa dan malang lagi Peguam negara tidak mendakwa kerana campurtangan atasan

Rahim Thambi Chik
  • dokumen kertas siasatan BPR dengan jelas memperincikan bagaimana Rahim mengumpulkan harta yang tidak masuk dek akal kerana mempergunakan kedudukanya sebagai Ketua Menteri. BPR dapati dia bersalah tetapi menyatakan boleh tidak didakwa jika letak jawatan politik.
Dr. Khir Toyo
  • mengarahkan pembelian kereta Mercedes s350 bernilai RM 1juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
  • membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.

  • dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

  • Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan Bn sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

  • A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get

  • Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
  • Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
  • Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
  • meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
  • Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
  • Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
  • Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
  • Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
  • Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
  • Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
  • Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
  • Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
  • Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
  • Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
  • Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
  • Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
  • Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
  • Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
  • Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
  • Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
  • Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
  • Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
  • Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
  • Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
  • Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Abdullah Badawi
  • laporan salah guna kedudukan untuk kepentingan politik oleh Bekas Exco Pemuda Umno, Dato' Mazlan Harun
  • dokumen berkaitan skandal Yayasan Bumiptera Pulau Pinang - RM500 juta
  • penglibatan anaknya melalui Scomi yang meraih kontrak kerajaan dan membuat hubungan perniagaan di luar negara menggunakan pengaruh kerajaan
  • dokumen 'antarabangsa' penglibatan keluarga Abdullah Badawi dalam Oil For Food
  • Skandal ECM Libra
Dr. Mahathir Mohamad
  • skandal VK Linggam
  • skandal perwaja yang mati ditanam bersama Eric Chia
  • dokumen berkaitan skandal bail out
  • selepas George W Bush dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya. Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17 April lalu.
Khalil Yaakop
  • dokumen berkaitan korupsi berkaitan tanah dan balak. Kegiatan rasuah Khalil terlalu jelas sehinggakan untuk menyelamatkan Khalil, dia dilantik menjadi Yang Di Pertuan Negeri Melaka.
  • Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
Muhammad Muhamad Taib
  • dokumen mengaitkan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila bercerai dengan adik beradik tiri DYMM Sultan Selangor kini. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?
  • Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Bagaimana beliau mengumpul wang itu?
  • Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.
  • Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.
  •  
  • Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.
  • Dokumen berkenaan harta melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut : “BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau ketika itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau.
Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya)
  • Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001 kerana didapati menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.
  • Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.
  • Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.
  • Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalui laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star (30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007) beliau sememangnya telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui sama ada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman (di Maybank, Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zain di Maybank, EON Bank dan Public Bank Berhad bagi mengelak sebarang bukti.
  • Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.
  • Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.
  • Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan denda sebanyak 50 crore Taka (RM25 juta). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka (RM 75 juta).
  • Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco). Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleeda Zia.
  • Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.
  • Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).
  • Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.
  • Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.
  • Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.
  • Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.
  • Mohd Zin juga diketahui bersubahat dengan Badul, seorang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Bangladesh iaitu Directorate General Forces Intelligence (DGFI). Mohd Zin dipercayai memberi perlindungan kepada Badul yang kini berada di Malaysia.
  • Bersama-sama Badul, Mohd Zin mengendalikan perniagaan pembekalan buruh-buruh Bangladesh ke negara ini yang melibatkan seramai 5000 pekerja yang kini menjadi masalah menyediakan pekerjaan untuk mereka. Mohd Zin dibayar RM20 juta bagi meluluskan pembawaan itu melalui kerajaan Malaysia di atas pengaruh beliau.
  • Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:

a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi
  • Dato Mohd Zin bin Mohamed juga sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’
Skandal SPRM / BPR
  • dokumen berkenaan Bekas Pengarah BPR yang terlibat korupsi yang didedahkan oleh bekas pegawai BPR
Ghani Patail, Peguam Negara dan Musa Hassan, Ketua Polis Negara
  • dokumen berkaitan pemalsuan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim
ini setakat carian yang terdapat dalam simpanan. Terlalu banyak lagi dokumen rasuah dan salah guna kuasa yang pernah diserahkan kepada BPR, SPRM mahupun Polis.

Dokumen – dokumen ini melibatkan laporan selaku individu, pemimpin parti dan juga mewakili pertubuhan seperti GERAK, SAMM..

      ~wasalam~