أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل
أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الل

Saturday, December 17, 2011

PERKONGSIAN ILMU

-Celaan sebagai Ubat, pujian sebagai Racun.....

Iman Al-Ghazali di dalam Ihya'Ulumuddin" berkata, "Sering kali mamfaat yang kita peroleh daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita, lebih banyak dari mamfaat dari teman-teman yang memuji kita"

Ya," Pujian jauh lebih berbahaya dari celaan". Ia memang manis , namun mengandungi racun yang dapat merosakkan hati manusia. Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian, semakin hatinya tertutup kepada kebenaran. Pada Saat itu ia tidak pernah tersedar daripada kekurangan dirinya apatah lagi tergerak untuk merubah dan membaikinya. Tanda seseorang sangat hina dimata Allah, Allah membiarkannya TENGGELAM DALAM PUJIAN~Nasihat buat diri








-
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakang dan bertanya mengapa.
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu......





-Alangkah indahnya ketika seorang anak mencium tangan ibunya seraya berkata,

“Semoga Allah menjagamu, Ibu.”

Alangkah eloknya ketika seorang ayah sentiasa mendoakan anak-anaknya,

“Ya Allah, redhailah mereka, dan bahagiakan mereka di dunia dan akhirat.”

Alangkah bagusnya ketika seorang isteri menyambut kedatangan suaminya dengan senyuman seraya berkata,

“Semoga Allah tidak menjauhkan kami darimu, rumah ini terasa sepi tanpa dirimu.”

Alangkah baiknya ketika isteri melepaskan kepergian suami bekerja di pagi hari, ia berkata,

“Jangan beri kami makan dari yang haram, kami tidak sanggup memakannya.”

Kalimat dan ungkapan yang indah, bukankah begitu?
Bukankah kita berharap kalimat dan ungkapan seperti ini dikatakan kepada kita?
Cubalah kata-kata dan kalimat yang lembut dan senyuman yang manis, lalu lihatlah hasilnya!











-kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita















-Ramai menangis bila perempuan/lelaki yang dicintainya memutuskan hubungan dengannya.
Tidak ramai yang menangis, bila hubungannya dengan Allah SWT yang mencintainya, terputus.

Manusia bila salah meletak cinta,
maka salah jugalah kewarasan akalnya.













-Assalamualaikum ;))
Sama-sama kita tukar tutur kata harian kita. Dari ucapan yang sia-sia kepada ucapan berpahala...InsyaAllah..

per.. gempar giler..** tukar kepada ♥ Subhanallah
OMG (oh My God)..** Tukar kepada♥ Ya Allah
Terbaek.... ** Tukar kepada ♥ Alhamdulillah
Ok..Oraait ** Tukar Kepada ♥ Insya-Allah
Cilakak **Tukar kepada ♥ “Astagfirrullahhalazim” ATAU “Innalillah”
Ellemak..lupa lak.. **Tukar kepada ♥ Allahumassoli ’ala Muhammad..
Arghhh.. pening... **Tukar kepada ♥ Astaghfirullah...
Eeee... teruknya **Tukar kepada ♥ Na’uzubillah..
Opocot... **Tukar kepada ♥ Allahu akbar..
Hek elh... **Tukar kepada ♥ La ilaha illallah..

Don't say HELLO ♥ Say ASSALAMUALAIKUM .
Don't say THANKS ♥ Say JAZAKALLAH KHAIRAN .
Don't say TAKE CARE , BYE ♥ Say FII AMAN ALLAH .
Don't say GREAT ♥ Say MASYAALLAH .
Don't say OKAY ♥ Say INSYAALLAH .
Don't say I AM FINE ♥ Say ALHAMDULILLAH .
Don't say WOW ♥ Say SUBHANALLAH

#renung2kanDanSelamatBeramahKawanKawan#
^_^ hahaha weee~





















-Kepincangan dalam memahami antara KEPERLUAN dengan KEINGINAN.

Seringkali seseorang membeli sepasang pakaian bukan kerana keperluanya untuk menutup aurat atau melindunginya daripada panas dan sejuk. Ia membeli kerana pakaian itu pernah dilihat didalam sebuah majalah fasyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan , kereta, komputer riba dan eksesori yang lain yang mewarnai hidup kita.

imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah saw Bersabda:"Sesiapa yang meninggalkan sepasang pakain padahal dia mampu memakainya(kerana dorongan) Tawadduk kerana Allah Tabarakallah Taala maka Allah Tabarakallah Taala Di Hari Kiamat akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkanya memilih baju-baju imam yang dia kehendaki""

Hadith diatas mjelaskan bahawa balasan akhirat untuk orang yang sedia meniggalkan "kebiasaan Buruk ini". Akhirnya, seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu di pusat membeli belah:

"APAKAH SAYA MENGINGINKAN atau MEMERLUKAN BARANG INI?"








-

1 comment: